Kelas Marketplace (Shopee)
14 April 2019 | Aktiviti TerkiniPada 13 April 2019 telah berlangsungnya “Kelas Marketplace (Shopee)” yang telah diadakan di PI Semuba, Kelantan. Kelas ini dihadiri seramai 15 orang perserta terdiri daripada golongan usahawan IUD serta staf pusat internet sendiri. Tenaga pengajar untuk program ini iaitu Puan Lieya Yahya yang merupakan Pengurus PI Belimbing.
Kelas ini berlangsung dari jam 9 pagi sehingga 1 tengahari. Kelas ini diadakan bagi untuk memberi pendedahan kepada usahawan IUD bagaimana untuk mencari duit dan berniaga di dalam Shopee. Program IUD (Inovasi Usahawan Desa) merupakan platform dimana usahawan diberi ilmu serta maklumat malah latihan kepada para usahawan tentang modul perkasa perniagaan mereka.
Selain itu, melalui program ini juga para usahawan dapat menimba ilmu menggunakan platform baru serta inovasi baru untuk menjadi nilai tambah dalam memperkesa perniagaan mereka ke arah yang lebih baik. Tambahan lagi melalui kelas ini juga setiap usahawan yang mengikuti program IUD ini diberi latihan dan pencerahan mengenai cara inovasi dalam membangun serta mempertingkatkan kebolehpasaran perniagaan setiap usahawan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: